Monday, October 11, 2010
pening lalat tahap dewa
huahuahua.........apalah nasib hari ini wahai ISNIN.isnin,isnin,isnin.......permulaan segala hari.liat nak bangun pagi,liat nak pergi kuliah,liat nak tunggu bas,liat nak menapak, dan lainlain lah.senang cerita semuanya LIAT nak buat lah.memangmemang lah sangat tak menyeronokkan.owh hari isnin......kau datang jua disetiap minggu seperti selalu.ditambahkan pula kehadiran hari isnin minggu ini dengan penterjemahan yang diberikan.waaduh,waaduh........dugaan lagi cobaan HAMIZAH MUHAMAD dibuatnya.ku ingatkan hujan sampai ke petang tapi rupanya panas di tengahari.wahhh3......pepatah lah pulak.ulangkaji punya lah semangat MEMBARA hari minggu hari itu.sahsah, lain yang diharap,lain pula jadinya.tidak mengapa.mungkin ini adalah dugaan minggu terakhir sebelum study week agaknya.....(berfikiran positif itu adalah penting yek puanpuan & tuantuan).AMINNN.mintakmintak lah ini hanya dugaan yang paling kecil yang akan ku hadapi.penat sangat hari ini dengan keadaan kepala yang pening tahap DEWA.nasib baik masih boleh bertahan hingga ke jam ini.....kalau tidak, memang dah berlayar jauh dah ketika ini ke alam fantasi.al-maklum,kami ini bukan spesis KELUANG MAN.....hukhukhuk.emmmmm,hari isnin dah berlalu maka hari yang seterusnya bakal menjelma.kitaran hidup tak akan berhenti selagi nyawa dikandung badan......hidup mesti diteruskan.aikkk.macam pelik jer ayat ini, macam berfalsafah pulak.hikhikhik.....ini tandanya masa untuk tidur sebelum banyak lagi ayatayat yang lain akan ditaepkan di sini.mari,mari,mari.....masa untuk TIDUR semua.......mari kita tidur dan sebelum tidur, kita lupakan segala beban yang di kepala untuk mendapatkan tidur yang lena tanpa sebarang masalah yang tidak sepatutnya (cthnya mengigau).kahkahkah....cakap pasal MENGIGAU,teringat cerita pasal rakan sekolah dulu.oppp.bukan sekarang ok untuk bercerita.insyaAllah kita tunggu kisah yang akan datang pula.supriseeee!!weeeee........jangan lupa basuh kaki dan baca BISMILLAH ok untuk keberkatan waktu tidur nanti.......selamat malam. ;)))
Saturday, October 9, 2010
saya budak baru belajar ;)))
sungguh tak sangka bila mengetahui bahawa saya telah pun mempunyai sebuah blog sendiri.huhuhu.hebat dah NUR HAMIZAH MUHAMAD sekarang ini.ehhhh,memang hebat pun kerana dalam adik-beradik saya, saya lah orang yang pertama menghasilkan blog.kalah along,abang dan kakakku.kahkahkah.......bangga dengan diri sendiri (senyum simpul,bersimpulsimpul).hakhakhak.kiranya lagi maju dari mereka semua lol.al-maklumla, saya ini bukanlah seorang gadis yang mahir dalam media baru ini.sebelum ini saya hanya bergantung pada media tradisional sahaja.kahkahkah.dunia dah GLOBALISASI tapi saya masih lagi berminat pada MEDIA TRADISIONAL.apa daa kamu ini......oppp2!tapi masih okay lagi apa kerana media itu lah yang kita guna sebelumsebelum ini (sedapkan hati sendiri).baiklah, berbalik pada tajuk pada kali ini,memang blog saya serba kurang dengan BENDABENDA yang canggih lagi meletup macam penulis blog yang lain.tetapi saya sukakan blog ini kerana saya dah pandai menggunakan MEDIA BARU.wahhhh3......tahniah buat diri sendiri.insyaAllah jika dikurniakan ilmu yang lebih luas lagi, saya akan memperbaharuikan lagi blog ini agar lebih SEDAP MATA MEMANDANG.....bilakah ia akan berlaku???emmmm,yang itu kita akan fikirkan kemudian (berfikir buat beberapa jenak).biarlah masa yang menentukan.....sampai di sini sahaja coretan pengenalan saya yang pertama buat blog yang tercinta ini.selamat membaca....
Tuesday, September 21, 2010
Kewartawanan dalam talian harus dikawal

Pada ketika ini, boleh dikatakan penulisan dalam talian atau lebih dikenali sebagai 'blog' semakin digemari oleh masyarakat. Tidak terhad kepada peringkat umur, penulisan dalam talian ini telah menjadi suatu 'trend' hidup masa kini yang dianggap lebih maju dan terkini. Tidak terkecuali mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga mempunyai penulisan dalam talian menerusi laman sesawangnya iaitu dr-chedet.blogspot.com. Jika sebelum ini seseorang individu tersebut gemar menulis segala pengalaman, luahan mahupun pendapatnya mengenai sesuatu perkara didalam sebuah buku khas yang dikenali sebagai 'diari'. Namun, pada hari ini, ramai penulis diari telah menukar minat mereka kepada penulisan dalam talian kerana ia dianggap lebih mudah, cepat dan terkini serta memberi peluang kepada pemiliknya untuk berkongsi segala buah fikirannya bersama-sama dengan para pembacanya.
Memang tidak dinafikan bahawa penulisan dalam talian adalah salah satu medium untuk masyarakat menyuarakan pandangan serta pendapat mereka tetapi penulisan tersebut perlulah telus dan benar tanpa mencetuskan sebarang unsur-unsur emosi, fitnah dan pembohongan pada pihak-pihak yang tertentu. Malangnya, ramai masyarakat menggunakan penulisan dalam talian sebagai medium wacana untuk mereka memperkatakan mengenai isu-isu yang sensitif tanpa memikirkan fakta dan bukti diatas segala tuduhan atau kenyataan yang dikeluarkan. Pada awal tahun 2010, Malaysia dihebohkan dengan kelantangan pendapat dari seorang penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail menerusi blog miliknya. Akibat dari perbuatan tersebut, penulis blog itu telah dikecam oleh pelbagai pihak kerana kebiadabannya yang tidak menghormati institusi Diraja.
Susulan dari peristiwa itu, individu tersebut telah memohon maaf kepada semua pihak diatas keterlanjuran kata-katanya. Berdasarkan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kes ini boleh membawa kepada hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. Ini merupakan salah satu bukti bahawa penulisan blog mampu menggugat keamanan negara, nilai-nilai Islam, dasar-dasar pentadbiran negara, gagasan 1Malaysia serta keharmonian institusi Diraja dimana rakyat berani mengeluarkan sesuatu fakta yang tidak benar secara melulu tanpa memikirkan impak akibat daripada perbuatan tersebut. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang disandang oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dalam kenyataan akhbar yang bertarikh 14 September 2009 berkata pihaknya akan membentangkan Akta Perlindungan Data Peribadi di Parlimen pada hujung tahun tersebut sebagai salah satu langkah melindungi warga tempatan dari ancaman salah guna kuasa dan jenayah yang bertujuan jahat.
Baru-baru ini juga, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi sebagai platform untuk menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini menerusi akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 15 September 2010. Akta tersebut memperuntukkan kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 berkaitan pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau orang lain. Sementara itu, sebuah pasukan khas telah diwujudkan bersama polis berhubung isu untuk memerangi ancaman terhadap keselamatan dan perpaduan negara ekoran penerimaan aduan salah guna internet seperti Twitter dan Facebook.
Jika pihak yang berwajib tidak berusaha untuk mencegah masalah ini dari peringkat akar umbi, tidak mustahil hal ini akan bercambah ke arah yang seterusnya. Pengaruh yang disampaikan pada mata kasar mungkin tidak seberat yang di sangka tetapi impaknya pada masyarakat dan negara adalah sangat besar pada masa akan datang. Justeru itu, pelbagai langkah ataupun akta perlulah dilaksanakan dengan segera agar kita mampu mengekalkan keharmonian negara dengan melahirkan generasi yang tinggi akhlaknya, keperibadian yang mulia dan berwawasan.

Monday, September 20, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)